salam 1MAlaysia..
kali ini cikgu maz mahu memberikan kelainan sedikit..cikgu tidak berbicara tentang pendidikan khas tetapi cikgu maz mahu berkongsi pengetahuan cikgu maz terhadap penggunaan bahasa inggeris kita..bersesuaian dengan dasar yang telah diperkenalkan iaitu MBMMBI...mari kita selidik =D
1) Kata nama yang tak boleh dibilang
Kesalahan paling common adalah "stuffs". Perkataan tersebut tidak wujud. Dalam apa jenis keadaan pun, stuff takkan jadi plural sebab ia tak boleh dikira.
"I'm thinking about a lot of stuffs." (SALAH)
"I'm thinking about a lot of stuff." (BETUL)
"I need to take 3 stuffs from my room." (SALAH)
"I need to take 3 things from my room." (BETUL)
"Don't eat weird stuffs that give you stomach ache." (SALAH)
"Don't eat weird stuff that gives you stomach ache." (BETUL)
Jadi, setiap kali kite rasa nak cakap "stuffs", baik cakap "things" sebagai langkah keselamatan.
Begitu juga dengan perkataan "advice". Ia tak boleh dikira. Memang nampak macam tak logik sebab dalam bahasa Melayu kite boleh cakap 'sebuah nasihat'. Tapi dalam English tak boleh.
"Do you want an advice?" (SALAH)
"Do you want a piece of advice?" (BETUL)
"I have three advices for you." (SALAH NAK MAMPUS)
"I have some advice for you." (BETUL)
Ini cume 2 contoh yang common. Banyak lagi perkataan camni seperti furniture, water, sugar dan sebagainya.
2)One of the things....
Ini pun banyak orang buat salah.
"One of my book is missing." (SALAH)
"One of my books are missing." (SALAH JUGE)
"One of my books is missing." (BARU BETUL)
Logik? Sebab satu buku je yang hilang daripada banyak-banyak buku. Sebab tu kene letak "books" dalam plural, tapi masih gunakan "is" untuk menunjukkan hanya satu buku yang hilang.
Jadi kalau sapa sapa nak berlagak dengan berkata, "I was one of the best student in school", maknanya hanye die sorang je budak dalam sekolah dia, maka kalau dia bodoh pun dia masih best student. Sepatutnya dia cakap, "I was one of the best students in school." Baru orang kagum, sebab saingan dia ramai.
ok...macam mana???marilah kita sama-sama tingkatkan penguasaan bahasa kita sama ada bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu mahupun bahasa inggeris..
p/s : pernah anda baca tentang peribahasa 'yang lama dikelek, yang baharu didukung'??maksud peribahasa tersebut ialah adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. =D
No comments:
Post a Comment