Friday 2 December 2011

tulisan braille


salam 1Malaysia..
apa khabar semua??? dalam entry ini cikgu maz akan memperkenalkan kepada pembaca blog ini tentang tulisan braille. Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.
Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

gambar di atas ini merupakan kod tulisan braille bagi abjad. manakala
gambar di bawah ini merupakan tulisan braille bagi nombor..



cikgu maz =D

bahasa isyarat tangan

salam 1Malaysia...

pada entry kali ini, cikgu maz akan membawa pembaca untuk mengenali bahasa yang digunakan oleh murid-murid yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan. biasanya mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa isyarat tangan.

seperti yang diketahui umum, bahasa merupakan salah satu medium penting unutk berkomunikasi dengan orang sekeliling. bahasa merupakan salah satu elemen unutk kita menyuarakan pendapat, ekspresi, masalah, dan rasa kita terhadap sesuatu perkara. bagi murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan, mereka akan menggunakan bahasa isyarat tangan untuk berkomunikasi.

BAHASA ISYARAT ialah bahasa yang digunakan oleh Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.

KOD TANGAN ialah kod-kod serta isyarat-isyarat yang diseragamkan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh orang ramai
gambar di atas adalah bahasa isyarat tangan untuk nombor atau digit.

gambar ini pula menunjukkan bahasa isyarat yang digunakan bagi huruf.

gambar-gambar di atas merupakan bahasa isyarat asas yang mesti dikuasai oleh murid-murid yang mengalami masalah dalam pertuturan dan pendengaran.

EJAAN JARI (FINGERSPELLING) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan. 





madah dari cikgu maz =D : “Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”

masalah pendengaran..

salam 1Malaysia..

kali ini cikgu maz mahu berkongsi info tentang salah satu kategori pendidikan khas iaitu masalah pendengaran..



TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN 
Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan. 

KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN 

1 Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 

2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural
Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 

3 Hilang pendengaran jenis campuran
Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural. 


PUNCA MASALAH PENDENGARAN 
Antara penyebab maslah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.


p/s : pernah dengar peribahasa 'Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air'?? peribahasa ini bermaksud segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh..
=D

memperkasa bahasa inggeris kita [edisi kedua] =)

salam 1Malaysia..
pada entry kali ini, cikgu maz mahu berkongsi pengetahuan tentang penggunaan bahasa inggeris..jika entry sebelum ini, cikgu maz sudah kongsikan serba sedikit tentang penggunaan bahasa inggeris yang betul. mari kita kaji...=)




1) Kekeliruan susunan verb-subject

Soalan : Where is Adam? (betul)
Ayat penyata : I wonder where Adam is. (betul)
Tapi BUKAN : I wonder where is Adam. (SALAH). .


2) Penggunaan should menggantikan if

Memang tempting untuk guna should sebagai ganti untuk if di awal ayat. Tapi sila berhati-hati sebab should adalah modal verb maka setiap verb yang datang di belakang mestilah dalam bentuk infinitive (tiada imbuhan).

Contoh :

- If anyone is interested in our project, please contact me. (BETUL)
- Should anyone be interested in our project, please contact me. (BETUL)
- Should anyone is interested in our project, please contact me. (SALAH)

- If he has any problem understanding this, ask him to call me. (BETUL)
- Should he have any problem understanding this, ask him to call me. (BETUL)
- Should he has any problem understanding this, ask him to call me. (SALAH)



3) Verb to be

Dalam BM, verb to be tak wajib. Kite boleh kata "saya seorang guru", tak perlu cakap "saya adalah seorang guru." Tapi dalam kebanyakan bahasa lain, verb pertama yang akan diajar adalah verb to be, sebab verb tersebut adelah TERSANGAT penting.

- I sometimes so hungry, I just go to the kitchen and eat rice with kicap.
- The thing that impossible to happen, i wish can be happen.
- I went home and the computer already on.

Ayat yang betul adalah :

- Sometimes I am so hungry, I just go to the kitchen and eat rice with soy sauce.
- The thing that is impossible to happen, I wish would happen.
- I went home and the computer was already on.

Ayat kedua di atas sudah betul dari segi grammar, tapi dari segi phrasing masih kurang tepat. 


seronok bukan??oleh itu, mari kita tingkatkan kecekapan dan penguasaan bahasa demi meningkatkan profesion keguruan kita..=D






memperkasa bahasa inggeris kita =)

salam 1MAlaysia..


kali ini cikgu maz mahu memberikan kelainan sedikit..cikgu tidak berbicara tentang pendidikan khas tetapi cikgu maz mahu berkongsi pengetahuan cikgu maz terhadap penggunaan bahasa inggeris kita..bersesuaian dengan dasar yang telah diperkenalkan iaitu MBMMBI...mari kita selidik =D


1) Kata nama yang tak boleh dibilang

Kesalahan paling common adalah "stuffs". Perkataan tersebut tidak wujud. Dalam apa jenis keadaan pun, stuff takkan jadi plural sebab ia tak boleh dikira.

"I'm thinking about a lot of stuffs." (SALAH)
"I'm thinking about a lot of stuff." (BETUL)
"I need to take 3 stuffs from my room." (SALAH)
"I need to take 3 things from my room." (BETUL)
"Don't eat weird stuffs that give you stomach ache." (SALAH)
"Don't eat weird stuff that gives you stomach ache." (BETUL)

Jadi, setiap kali kite rasa nak cakap "stuffs", baik cakap "things" sebagai langkah keselamatan.


Begitu juga dengan perkataan "advice". Ia tak boleh dikira. Memang nampak macam tak logik sebab dalam bahasa Melayu kite boleh cakap 'sebuah nasihat'. Tapi dalam English tak boleh.

"Do you want an advice?" (SALAH)
"Do you want a piece of advice?" (BETUL)
"I have three advices for you." (SALAH NAK MAMPUS)
"I have some advice for you." (BETUL)

Ini cume 2 contoh yang common. Banyak lagi perkataan camni seperti furniture, water, sugar dan sebagainya.




2)One of the things....

Ini pun banyak orang buat salah.

"One of my book is missing." (SALAH)
"One of my books are missing." (SALAH JUGE)
"One of my books is missing." (BARU BETUL)

Logik? Sebab satu buku je yang hilang daripada banyak-banyak buku. Sebab tu kene letak "books" dalam plural, tapi masih gunakan "is" untuk menunjukkan hanya satu buku yang hilang.

Jadi kalau sapa sapa  nak berlagak dengan berkata, "I was one of the best student in school", maknanya hanye die sorang je budak dalam sekolah dia, maka kalau dia bodoh pun dia masih best student. Sepatutnya dia cakap, "I was one of the best students in school." Baru orang kagum, sebab saingan dia ramai.


ok...macam mana???marilah kita sama-sama tingkatkan penguasaan bahasa kita sama ada bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu mahupun bahasa inggeris..



p/s : pernah anda baca tentang peribahasa 'yang lama dikelek, yang baharu didukung'??maksud peribahasa tersebut ialah adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. =D

apa itu lembam??

salam 1Malaysia..
dalam entry ini, cikgu maz akan membicarakan tentang masalah lembam. ramai di antara kita tidak mengerti secara detail tentang masalah lembam di kalangan pelajar sekolah..mari kita teroka apakah yang dimaksudkan dengan lembam itu..
 
DEFINISI
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.
Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.
Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
- Temubual
- Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah.
- Konkrit ke abstrak.
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
- Jauhkan dendaan yang negatif

bagaimana?? sudah jelas?? cikgu maz harap penerangan tersebut dapat membuka mata para pembaca tentang maslah lembam ini..sudah menjadi tanggungjawab kita bersama unutk terus membantu mereka.

p/s : cikgu maz suka membaca tentang peribahasa melayu..penuh dengan sindiran yang sinis tetapi dalam bahasa yang halus. menari ye..
tahukah anda maksud peribahasa "ayam terlepas, tangan bau tahi'? maksudnye ialah kita bukan sahaja terlepas sesuatu peluang, malah kita turut mendapat kecelakaan/keburukan..

apa itu OKU??

salam 1Malaysia..
dalam entry ini, cikgu maz akan memberi penerangan yang agak mendalam tentang Orang Kurang Upaya (OKU). Kita sering menggunakan perkataan OKU, tetapi adalah wajar untuk kita meningkatkan kefahaman mengenai definisi dan kategori OKU yang ditadbir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Definisi OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Kategori OKU

1. Kurang Upaya Pendengaran

Tidak dapat mendengar dengan jelas dikedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu:
  • Minimum (Mild) - (15 - <30>
  • Sederhana (Moderate) - (30 - <60>
  • Teruk (Severe) - (60 - <90>
  • Sangat Teruk (Profound) - (>90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat 2 tahap OKU Penglihatan, iaitu:
  • Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.
  • Terhad (Low Vision/ Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovakular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dll.

Contoh ketidakupayaan fizikal ialah Limb defects (termasuk kehilangan ibu jari tangan); Spinal Cord Injury; Stroke, Traumatic Brain Injury (selepas 6 bulan); Kerdil (<= 142cm bagi lelaki, <= 138 cm bagi wanita); Celebral Palsy.

Nota:
Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi (spt. kehilangan jari), mempunyai lebih jari dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran dengan JKM.

4. Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur 5 tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

5. Masalah Pembelajaran
Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biogikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, lembap dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder dan masalah pembelajaran spesifik seperti Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia.
6. Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi samada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Contoh penyakit mental ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.
7. Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)
Mempunyai lebih daripada 1 jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori (1) hingga (6).

bagaimana???cikgu maz harap dengan adanya penerangan dalam entry ini akan membantu para pembaca unutk lebih faham tentang apa itu OKU.. =)

p/s : sekarang ini dasar Memperkukuhkan Bahasa MElayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI )telah diperkenalkan..cikgu maz pasti ramai dalam kalangan pembaca blog ini mempunyai facebook..apa kata kita menyokong seruan dasar tersebut dengan menggunakan aplikasi facebook kita dengan menggunakan Bahasa Melayu..cikgu maz pun menggunakan Facebook dalam bahasa melayu..istilah-istilah seperti "suapan terkini", "sunting rakan" "cari rakan" pastinya akan mencuit hati pembaca apabila menggunakan facebook dalam bahasa melayu..tetapi ianya meruapakn satu perkara menarik..mari kita mencuba!

pengenalan...

salam 1Malaysia..salam perkenalan buat semua pembaca..

sebelum kata meniti bicara, sebelum masa terus berlalu..saya ingin mengucapkan selautan terima kasih buat semua pembaca yang sudi menjengah ke blog picisan saya ini..bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. jadi blog ini saya gunakan sebagai salah satu medium untuk saya berkenalan dengan lebih ramai pembaca di samping berkongsi idea, buah fikiran dan pendapat tentang dunia pendidikan khas yang sememangnya mencabar dan seronok unutk diterokai.

blog ini merupakan blog pertama saya..tujuan penulisan blog ini adalah untuk berkongsi idea, buah fikiran, pendapat dan juga info-info ilmiah yang menarik unutk dikongsi bersama. semoga, dengan kehadiran blog ini dapat membuka mata dan peluang kepada pembaca sekalian terhadap dunia pendidikan khas..

akhir kata di entry pertama saya ini, semoga kehadiran blog ini akan membuka minda dan memberi pengetahuan buat pembaca seterusnya menjadi batu loncatan kepada ramai pihak daalam mendalami dunia pendidikan khas..

wassalam..